Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 26 July 2019 17:36

TAKLIMAT SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 26 JULAI 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah mengadakan Sesi Taklimat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 26 Julai 2019 jam 0900 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini dihadiri semua pelajar dan staf bagi mendengar taklimat tersebut

Akademi Pilihan Raya SPR merupakan siri jelajah ke setiap negeri itu bertujuan menyampaikan maklumat mengenai pilihan raya untuk kegunaan penggundi.

Pada sesi berkenaan, Akademi Pilihan Raya SPR melakukan simu­lasi senario proses pengundian dan pengiraan undi yang dilakukan sepenuhnya di pusat mengundi di seluruh negara pada hari pengundian.

Taklimat turut menyentuh isu-isu berbangkit setiap kali pilihan raya khususnya untuk memperbetulkan persepsi negatif terhadap ketelusan SPR seperti dakwaan pengundi hantu, manipulasi daftar pemilih, peti undi dan dakwat pilihan raya serta kebocoran maklumat calon dipilih pengundi pada kertas undi.

Read 811 times
 
Find us on Facebook
Follow Us