Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 07 August 2019 10:24

289 GRADUAN MENDAPAT SIJIL DAN DIPLOMA DI KONVOKESYEN KALI KE 12

Written by

 

 

289 GRADUAN MENDAPAT SIJIL DAN DIPLOMA DI KONVOKESYEN KALI KE 12

 

 

 

KINARUT ; 03 OGOS 2019 – Seramai 289 orang graduan IKBN Kinarut telah menerima sijil dan diploma pada Majlis Konvokesyen IKBN Kinarut kali ke-12 telah berlangsung dengan meriahnya yang di adakan di Dewan Limau-Limauan IKBN Kinarut.


Majlis telah dirasmikan oleh YB Steven Sim Chee Keong Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia dan diiringi oleh YB Phoong Jin Zhe Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah, Puan Ramona Binti Mohd Razali Timbalan Ketua Setiausaha (Stategik) Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan Dato’ Dr. Hjh. Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.


Majlis itu menyaksikan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Kompeten Suruhanjaya Tenaga kepada 289 orang graduan yang melibatkan kursus sepenuh masa dan separuh masa IKBN Kinarut pada kali ini.


Matahir Jumadi, graduan Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik A4) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan pada Majlis Konvokesyen pada kali ini.


Anugerah Ikonik Usahawan Cemerlang Lepasan IKBN Kinarut 2019 telah diberikan kepada Malik Tanginang pelajar lepasan IKBN Kinarut daripada Jurusan Pendawaian Elektrik Tiga Fasa PW4. Malik Tanginang merupakan seorang usahawan berjaya yang kini merupakan Pengurus MT Elektrik dan memperolehi pendapatan sehingga RM 25 ribu hingga RM 40 ribu sebulan.


Anugerah Ikonik Pekerja Cemerlang Lepasan IKBN Kinarut 2019 pula diberikan kepada Encik Amir Azuan Abdullah lepasan Jurusan Sijil Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan & Penyaman Udara Domestik). Beliau kini berkhidmat disebuah Intitut Kemahiran Awam iaitu Giat Mara Malaysia dan menjadi jurulatih bagi ASEAN Skills Competition (ASC) dan juga jurulatih Negara ke pertandingan World Skills Competition di Dubai pada tahun 2017.


Turut hadir pada majlis tersebut iaitu, Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Pengarah-Pengarah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dan Wakil-Wakil Kerajaan Negeri dan NGO.

 
Find us on Facebook
Follow Us