Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 08 August 2019 14:36

IKTBN BACHOK TERIMA LAWATAN DARI PELAJAR SMK SUNGAI ASAP, GUA MUSANG DAN SMK JELI, KELANTAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

lwtnsmksgjeli

Bachok, 08 Ogos 2019 - IKTBN Bachok menerima lawatan daari 2 buah Sekolah Menengah dalam 1 hari. Program lawatan ini telah berlangsung pada 07 Ogos 2019 yang melibatkan SMK Sungai Asap, Gua Musang pada sebelah pagi dan SMK Jeli pada sebelah petang. Lawatan dari SMK Jeli adalah lawatan Khas pertama dari pelajar dari orang asli dari suku Jahai.


Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di  IKTBN Bachok. Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut.

Selepas sesi taklimat dan penerangan pelajar-pelajar dibawa melawat bengkel-bengkel yang ada di IKTBN Bachok bagi melihat sendiri proses pembelajaran yang sedang dilaksanakan.Semoga dengan lawatan yang diadakan akan menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian di Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS).

Disediakan dan disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 476 times Last modified on Khamis, 08 August 2019 14:41
 
Find us on Facebook
Follow Us