Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

SESI PERBINCANGAN DAN PROMOSI PRODUK INKUBATOR TEKSTIL IKBN WAKAF TAPAI

Written by

Wakaf Tapai, 8 Ogos 2019 – Satu sesi perbincangan berkaitan promosi produk INKUBATOR IKBN Wakaf Tapai telah berlangsung di Pejabat Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia YBhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof. 

Turut serta semasa perbincangan Puan Koh Mei Ching, Penolong Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif, wakil IKBN Wakaf Tapai Pn.  Nik Noorhafizan binti Nik Osthman, TP(PL), Pn.  Nurulakmar binti Alias, Ketua Jabatan Teknologi  Tekstil dan peserta Inkubator  Cik Sharifah. Dalam perbincangan tersebut pihak Inkubator Tekstil di beri peluang untuk membuat promosi kraf semasa mesyuarat Pengurusan KBS. YBhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof amat berpuas hati dengan semua produk yang dihasilkan peserta Inkubator. Beliau turut memberi cadangan untuk meningkatkan promosi produk IKBN WT terutama menerusi sosial media. TAHNIAH pada team Inkubator Tekstil kerana berjaya menghasilkan produk kreatif bagi tujuan promosi IKBN WT dan ILKBS .

3

 

Sumber :

Nurulakmar Binti Alias Ketua

Jabatan Teknologi Tesktil

 

 
Find us on Facebook
Follow Us