Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 12 August 2019 16:55

KURSUS PEMBINAAN APLIKASI ANDROID

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 12 OGOS 2019 – Institut kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) menerusi Jabatan Teknologi Rangkaian Multimedia (JTRM) di bawah PPK dan Reskilling Tenaga Pengajar TVET 2019 telah melaksanakan Kursus Pembangunan Aplikasi  Android pada 5 – 7 Ogos 2019 jam 9.00 pagi bertempat di Makmal Fiber Optik.

Pengajar jemputan yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi Encik Fazreen Ferdianshah Mohd Fauzi dari Syarikat Empirent Ventures dan disertai seramai 3 orang peserta.

Kursus Pembangunan Mobile Apps (iOS & Android) membantu peserta untuk membangunkan mobile apps dan melancarkan ke pelbagai platform seperti iOS, Android dan Windows dengan mudah. Kursus ini sesuai untuk individu yang tiada pengalaman dalam membangunkan mobile apps. Dalam kursus Mobile Apps ini, anda akan ditunjukkan cara terperinci tentang bagaimana untuk membina Users Interface, Pages, Functions dan APIs untuk disambungkan kepada Database.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman asas kepada peserta memahami fungsi dan kebolehan menggunakan Mobile Apps. Objektif kursus kali ini bagi tujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada peserta dengan Source Code Aplikasi. Kursus  ini juga bertujuan memberi semangat dan minat kepada peserta dalam menggunakan perisian aplikasi tersebut.

Read 763 times
 
Find us on Facebook
Follow Us