Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 12 August 2019 16:57

KURSUS MEMBINA GRAFIK ADOBE ILLUSTRATOR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 12 OGOS 2019 – Institut kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) menerusi Jabatan Teknologi Rangkaian Multimedia (JTRM) di bawah PPK dan Reskilling Tenaga Pengajar TVET 2019 telah melaksanakan Kursus Adobe Illustrator pada 5 – 9 Ogos 2019 jam 9.00 pagi bertempat di Makmal Server.

Pengajar jemputan yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi Encik Noor Hafnizam Bin Mahmud dari Syarikat Treasure Resources Network. Seramai ini disertai seramai 7 orang peserta termasuk dari agensi kerajaan yang lain.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman asas kepada peserta memahami fungsi dan kebolehan menggunakan Adobe After Illustrator.Kursus ini memberi pengetahuan tentang cara mudah untuk menghasilkan ilustrasi grafik, meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan kerja akhir illustrasi grafik ke format-format yang sesuai.  Semoga kursus ini berupaya menjana idea kreatif peserta dalam membina grafik untuk web, percetakan dan persembahan multimedia.

Objektif kursus kali ini bagi tujuan memberi pengenalan dan pendedahan kepada peserta dengan Adobe Illustrator. Kursus  ini juga bertujuan memberi semangat dan minat kepada peserta dalam menggunakan perisian aplikasi.

Read 708 times
 
Find us on Facebook
Follow Us