Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 13 August 2019 16:58

MAJLIS IBADAH KORBAN DI SURAU IBNU SINAR IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 13 OGOS 2019 - Program yang julung kalinya diadakan ini merupakan gabungan inisiatif Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) IKBN Seri Iskandar. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kerjasama seluruh warga IKBN Seri Iskandar termasuk Syarikat Keselamaran Dan Pembersihan. Dalam majlis ini, seekor lembu telah disembelih dan suku bahagian daging dan tulang dimasak sebagai hidangan jamuan manakala selebihnya diagihkan pada majlis tersebut.

Majlis Ibadah Korban ini lebih bermakna dengan kehadiran Pengarah IKBN Seri Iskandar, Encik Md. Isa Bin Ibrahim. Majlis seperti ini dapat memberikan peluang kepada pihak pengurusan, kakitangan, Sahabat dan ahli keluarga membina jalinan ukhwah yang lebih baik. Hadir sama ke majlis ini ialah Pengurusi KESKEB, Encik Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor.

Penyerahan daging korban kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar merupakan acara kemuncak majlis diikuti jamuan makan yang disediakan oleh kaum ibu secara bergotong-royong. Majlis Ibadah Korban ini telah berakhir sekitar jam 2.00 petang.

Read 716 times
 
Find us on Facebook
Follow Us