Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 20 August 2019 14:32

Majlis Perlepasan Kontijen Negara Ke Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) Kazan, Rusia 2019.

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Warna-warni sekitar Majlis Perlepasan Kontinjen Negara Ke Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) Kazan, Russia 2019

Pihak IKTBN Dusun Tua dan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia di bawah pimpinan Kementerian Belia dan Sukan amat berbangga atas pencapaian Muhamad Ridzuan bin Wahid yang akan berlepas ke Kazan, Rusia bagi menempuh cabaran dalam WorldSkills Competition pada 22 hingga 27 Ogos 2019. Seluruh warga kerja KBS mengucapkan selamat berjaya kepada wakil negara tersebut. "Ini hanya permulaan kepada Ridzuan dan seluruh “team”, tugas kita bukan sahaja untuk membuktikan kemampuan pelajar tempatan bersaing di persada dunia, tetapi sebagai pembuka mata dan ruang untuk kita tambah baik mutu dan teknik latihan di ILKBS,” kata Dato' Dr. Hajah Wasitah, Ketua Pengarah BPKB. Pasukan dari IKTBN Dusun Tua yang terdiri daripada Puan Dalila Sharingat, Pengarah, Puan Sariyah Adam, Timbalan Pengarah, Encik Nik Syaful, Penyelaras Pertandingan Worldskills, Encik Zoolfadli, Jurulatih bidang Semburan Cat telah memberikan sokongan padu dan bimbingan yang terbaik kepada pelajar tersebut bagi menghadapi segala rintangan dan berusaha untuk berjaya dalam pertandingan.

Read 1467 times Last modified on Selasa, 20 August 2019 16:40
 
Find us on Facebook
Follow Us