Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 15 August 2019 16:29

PROMOSI IKTBN SEPANG DI PROGRAM KARNIVAL PENDIDIKAN KG BERSIA LAMA

Written by
Rate this item
(0 votes)

GERIK, 15 OGOS 2019 - Buat pertama kalinya Insitut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah pendidikan kepada pelajar-pelajar tingkatan lima di Kg Bersia Lama sempena Program Karnival Pendidikan dan Celik Undang-Undang anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Bersia Lama. Program ini turut mendapat kerjasama dari Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PPSM), Jabatan Kehakimah Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Negeri Perak.

 

Program ini secara umumnya bertujuan untuk memberi maklumat kepada ahli komuniti Kampung Bersia Lama khususnya dan ahli komuniti daerah Gerik umumnya berkaitan pendidikan dan hala tuju remaja dan belia untuk masa hadapan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Teknologi Elektronik, Pn Nur Nadia binti Bachok berkaitan peluang, kemudahan dan kelebihan yang disediakan oleh IKTBN Sepang khususnya dan ILKBS umumnya kepada belia di seluruh Malaysia.

Diharapkan melalui slot ini dapat mempromosikan IKTBN Sepang kepada masyarakat dan menjadikan IKTBN Sepang sebagai pilihan untuk laluan kerjaya pada masa akan datang.

Read 618 times Last modified on Khamis, 22 August 2019 16:32
 
Find us on Facebook
Follow Us