Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 30 August 2019 16:23

PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN – ELECTRICAL FORKLIFT OPERATION & MAINTENANCE

Written by
Rate this item
(0 votes)

kurppkpjb

Shah Alam, 23hb Ogos 2019: IKBN Kuala Perlis telah menganjurkan Program Pembangunan Kemahiran (PPK) – Kursus ELECTRICAL FORKLIFT OPERATION & MAINTENANCE bermula dari 20hb – 23hb Ogos 2019. Kursus yang diadakan di Mars Edu, USJ Shah alam, yang mana melibatkan para pengajar bidang Penyenggaraan Jentera Berat dari 5 ILKBS seluruh Malaysia. Antara ILKBS yang terlibat ialah IKBN K. Perlis, IKBN Miri, IKTBN Bachok, IKTBN Dusun Tua, dan IKTBN Chembong yang mana setiap ILKBS telah menghantar wakil pengajar bagi mengikuti kursus tersebut.

Kursus tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan dikendalikan oleh pengajar yang berpengalaman dengan industri. Diharapkan para pengajar yang terlibat mendapat manfaat daripada kursus tersebut dan ilmu yang diperoleh boleh dikongsi bersama dengan pengajar serta pelajar di ILKBS masing-masing. Pihak IKBN Kuala Perlis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan kursus ini.

Read 764 times
 
Find us on Facebook
Follow Us