Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 03 September 2019 16:41

LAWATAN AUDIT PENARAFAN BINTANG JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

 

IKBN NAKA - Satu lawatan pemeriksaan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah dijalankan di IKBN Naka pada 28 Ogos 2019 IKBN Naka di mana ianya dihadiri oleh 3 orang pegawai sebagai juruaudit daripada jabatan berkenaan.

Lawatan yang terkandung di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) bertujuan memeriksa kualiti pelaksanaan latihan kemahiran di samping memberi penarafan bintang kepada Pusat Bertauliah berdasarkan kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi oleh sesebuah penyedia latihan kemahiran.

Lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan IKBN oleh Pengarah IKBN Naka, disusuli dengan semakan dokumen-dokumen pengurusan dan lawatan ke bengkel latihan. Lawatan pemeriksaan meliputi keseluruhan operasi IKBN Naka seperti jadual latihan, pembangunan tenaga pengajar, kemudahan latihan, sistem dokumentasi, kelayakan personel pentauliahan dan hal-hal berkaitan pelajar.

Sesi lawatan pemeriksaan diakhiri dengan pembentangan laporan penemuan hasil pemeriksaan oleh juruaudit. Secara keseluruhannya, pihak juruaudit berpuas hati dengan kualiti pelaksanaan latihan serta memberikan maklumbalas yang positif bagi penambahbaikan kualiti pelaksanaan latihan kemahiran di IKBN Naka.

Read 494 times
 
Find us on Facebook
Follow Us