Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 03 September 2019 17:42

PROGRAM BAZAR PUSPANITA

Written by
Rate this item
(0 votes)

MITI

27 Ogos 2019(Selasa), IKBN Peretak telah mengambil bahagian dalam program Bazar Puspanita yang dijalankan di Ruang Legar dan Aras 3 Bangunan MITI, Kuala Lumpur. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah jualan produk ‘job order’ dan produk inovasi iaitu kerepek keju biji nangka di bawah Jabatan Hospitaliti yang menjadi tumpuan pada hari tersebut. Selain itu juga, jualan hasil produk jahitan kreatif daripada Jabatan Tekstil iaitu beg tangan dari kain perca juga menjadi tumpuan pengunjung. Selain itu juga, Jabatan Personal turut mempromosikan perkhidmatan hena dan manicure yang menjadi pilihan kepada ramai wanita dari setiap peringkat umur datang mendapatkannya.

 

Menurut YBhg. Dato" Dr. Hajah Wasitah bt Hj Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia yang turut hadir, menyatakan bahawa produk inovasi yang dicipta perlu dipatenkan agar menjadi kebanggaan IKBN Peretak sendiri dan menjadi pemangkin kepada ILKBS yang lain. Program yang bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 3.00 petang itu melibatkan 11 orang pelajar dan 5 pegawai. Penglibatan program seperti ini secara tidak langsung mengangkat produk hasil IKBN Peretak lebih dikenali oleh masyarakat di luar sana.

Sumber: Unit Promosi & Dokumentasi CHI IKBN Peretak.

Read 563 times Last modified on Selasa, 10 September 2019 17:16
 
Find us on Facebook
Follow Us