Print this page
Selasa, 10 September 2019 16:06

IKTBN BACHOK TERIMA LAWATAN DARI PELAJAR SMK TAN SRI MOHAMED YAACOB, JELI, KELANTAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

LAWATAN SMKTMY

Bachok, 10 September 2019 - IKTBN Bachok menerima lawatan dari SMK Tan Sri Mohamed Yaacob, Jeli, Kelantan pada hari ini. Lawatan ini disertai oleh 44 orang pelajar dan 04 Guru pengiring.SMK Tan Sri Mohamed Yaacob merupakan Sekolah Menengah yang ke Sepuluh (10) yang telah datang melawat IKTBN Bachok pada tahun 2019.


Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di  IKTBN Bachok. Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut.

Selepas sesi taklimat dan penerangan pelajar-pelajar dibawa melawat bengkel-bengkel yang ada di IKTBN Bachok bagi melihat sendiri proses pembelajaran yang sedang dilaksanakan.Semoga dengan lawatan yang diadakan akan menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian di Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS).

Pihak IKTBN Bachok masih mengalu-alukan kedatang pihak Sekolah yang ingin membuat lawatan bagi melihat secara lebih dekat proses pembelajaran kemahiran di Institut ini.

Disediakan dan disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 615 times
Find us on Facebook
Follow Us