Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 12 September 2019 09:23

KURSUS KEM KEPIMPINAN - KEM GENERASI HARAPAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

kem

8 September 2019, Kuala Lumpur. Seramai 40 orang pelajar IKBN Peretak telah berjaya menghadiri Kursus Kem Kepimpinan - Kem Generasi Harapan yang dianjurkan oleh Unit Bina Insan - Hal Ehwal Islam, Cawangan Pengurusan Pelajar. Kem ini telah telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 6 hingga 8 September 2019 bertempat di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy Kuala Lumpur.

Objektif program dijalankan adalah untuk melahirkan barisan kepimpinan Gerakan Dakwah Belia Peretak (GDBP) untuk menjadi pemimpin dikalangan para pelajar dengan lebih berkaliber dan selaras dengan syiar agama Islam sekaligus dapat membimbing rakan-rakan lain khususnya di dalam IKBN Peretak ini sendiri.

Kem Generasi Harapan peringkat IKBN Peretak ini telah disempurnakan penutupan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar iaitu Pn. Suraya binti Sulaiman diiringi oleh Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, En. Shahdan bin Zainal.

Disediakan oleh : Puan Salimah Binti Abdul Latif

Read 1074 times
 
Find us on Facebook
Follow Us