Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 12 September 2019 14:31

CITRA IBADAH “CINTAI SOLAT DAN PERSONA MUSLIM”

Written by
Rate this item
(0 votes)

NAKA, 7 SEPTEMBER 2019 - Institut Kemahiran Belia Negara Naka, Kedah Darul Aman telah mengadakan satu program tahunan yang telah dirangka oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Kementerian Belia Dan Sukan iaitu Program Citra Ibadah “Cintai Solat dan Persona Muslim” bagi tahun 2019/1441H. Program ini telah dilaksanakan di sekitar kawasan IKBN Naka.

Pada tahun ini perlaksanaannya dianjurkan dengan menggabungkan dua modul iaitu Cintai Solat dan Persona Muslim yang telah diguna pakai pada tahun- tahun sebelumnya daripada Bahagian Kemahiran Kementerian Belia Dan Sukan dengan kerjasama daripada panel Universiti Kebangsaan Malaysia

Seramai 107 pelajar Muslim semester setiap jurusan telah terlibat yang terdiri daripada semua peserta lelaki dan juga melibatkan 5 urusetia dari kalangan stafF IKBN Naka dan 12 orang fasilitator dari Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dan Pelajar dari Universiti Al-Azhar Mesir. Keseluruhan program telah diadakan di Surau, Dewan Gemilang dan kawasan sekitar IKBN Naka. Objektif program bertujuan untuk memperbaiki dan memantapkan lagi kesempurnaan solat dan membina jati diri para peserta. Secara keseluruhannya aktiviti di dalam program ini sangat membantu para peserta dalam memahami danmeningkatkan kesempurnaan solat serta keperibadian seorang muslim sejati.

Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam berlangsung dengan jayanya dengan konsep pembelajaran secara “outdoor” dan “explorace” diterapkan dalam penerangan modul . Majlis penutupan disempurnakan oleh Tuan Pengarah En Mohad Ridzuan bin wan Abdullah Zawawi. Diharap program seumpana ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

 

 

 

Read 624 times Last modified on Khamis, 12 September 2019 14:41
 
Find us on Facebook
Follow Us