Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 27 August 2019 16:58

PROGRAM SENAMROBIK SEMPENA HARI KOKURIKULUM PELAJAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 27 OGOS 2019 -   Julung kali diadakan, Program Senamrobik sempena Hari Kokurikulum Pelajar yang melibatkan 280 orang pelajar bersama staf dan pengajar terlibat sama menjayakan program tersebut yang diadakan pada 27 Ogos 2019 jam 4.00 petang di Dewan Dato Maharajalela. Program ini adalah anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) IKBN Seri Iskandar.

Pengarah IKBN Seri Iskandar, Encik Md. Isa Bin Ibrahim menyarankan agar program ini diadakan setiap minggu kerana ianya boleh meningkatkan stamina kita dan dilaksanakan secara santai sekaligus membawa keceriaan ketika melakukannya.

Dengan adanya aktiviti seperti ini akan dijadikan salah satu medium untuk mengurangkan tekanan tatkala sekian lama bertungkus lumus dengan sesi pembelajaran.

Tenaga Pengajar daripada Staf IKBN Seri Iskandar yang mempunyai kepakaran dalam Senamrobik telah mengetuai program tersebut iaitu Puan Azura Bt Sejali di samping beberapa staf dan pelajar yang lain sebagai pasukan iringan bersama di atas pentas memperagakan gerakan yang dilakukan oleh beliau.

Di akhir program yang berlangsung selama 45 minit, satu majlis perasmian telah diadakan dan Pengarah IKBN Seri Iskandar Encik Md. Isa Bin Ibrahim bersama Pengerusi KESKEB Kakitangan IKBN Seri Iskandar Encik Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor merasmikan program ini dengan memotong raben bunting “SENAMROBIK” sebagai tanda gimik perasmian

Read 87 times
 
Find us on Facebook
Follow Us