Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 30 August 2019 17:01

LANGKAH PATRIOTIK SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 30 OGOS 2019 -   Biarpun sibuk dengan tugas harian, namun ia bukan halangan warga IKBN Seri Iskandar untuk turut sama menyemarakkan semangat kemerdekaan. Ia dizahirkan melalui pembabitan Kelab Sukan Dan Kebajikan (KESKEB) Kakitangan IKBN Seri Iskandar dan pelajar dalam konvoi berjalan dengan “Langkah Patriotik” bersempena Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Aktiviti konvoi ini menyusuri laluan yang melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar dan Kolej Vokasional Seri Iskandar yang dijadikan sebagai hobi itu dimanfaatkan dengan menyebarkan mesej kemerdekaan dengan menyerahkan Jalur Gemilang ke pejabat agensi berkenaan dengan laungan merdeka sebanyak tiga (3) kali dan disusuli dengan Nyanyian Lagu Jalur Gemilang.

Pendekatan itu dilihat mampu menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dan warga IKBN Seri Iskandar apabila membawa kelainan dalam sambutan kemerdekaan. Setiap kali menyambut hari kemerdekaan negara pastinya setiap agensi mahupun kerajaan dan swasta akan melakukan sambutan di agensi masing-masing, namun apabila aktiviti konvoi ini dilaksanalan ianya akan memberi pengalaman berbeza.

Read 83 times
 
Find us on Facebook
Follow Us