Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 30 August 2019 17:04

HARI KEBANGSAAN DIRAIKAN MERIAH, PENUH SEMANGAT PATRIOTIK

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 30 OGOS 2019 -   Pengarah IKBN Seri Iskandar, Encik Md, Isa Bin Ibrahim hadir sama menyertai Sambutan Hari Kebangsaan 2019 peringkat IKBN Seri Iskandar pada 30 Ogos 2019 jam 10.00 pagi di Dewan Dato Maharajalela. Sambutan ini adalah anjuran dari Jabatan Pengajian Umum (JPU) yang diketuai oleh Encik Kishore Kumar a/l Ayyawoo.

Turut hadir sama Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, Encik Amir-Kharul Bin Daud dan Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encik A Raman Bin Musbah bersama warga staf dan pelajar.

Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan doa sebelum diikuti oleh nyanyian lagu Negaraku dan Perak seterusnya penyampaian ucapan oleh Ketua Jabatan Pengajian Umum Encik Kishore Kumar a/l Ayyawoo selaku penganjur majlis disusuli dengan ucapan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Encik Amir-Kharul Bin Daud yang bertajuk “Erti Sebuah Kemerdekaan”sebagai tanda semangat patriotik.

Acara diteruskan dengan persembahan lafaz ikrar oleh wakil pelajar yang melibatkan seramai enam pelajar yang meragakan pakaian mengikut bangsa sebagai berbilang kaum. Bagi gimik pelancaran yang dirasmikan oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar, Encik Md. Isa Bin Ibrahim diiringi oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan Encik Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Encik A Raman Bin Musbah menurunkan tandatangan di atas plak yang disediakan oleh pihak penganjur.

Di akhir majlis, nyanyian lagu galur gemilang dikemundangkan oleh seluruh warga IKBN Seri Iskandar diiringi lambaian jalur gemilang sebagai tanda “Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih” merupakan tema Hari Kebangsaan 2019.

Read 88 times
 
Find us on Facebook
Follow Us