Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pelaksanaan amalan EKSA yang dilaksanakan di KDN. Lawatan ini juga dapat menaikkan motivasi pegawai dalam melaksanakan amalan EKSA di IKTBN Sepang. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah sudut zon EKSA terbaik, sudut 3R terbaik, pejabat pegawai terbaik, bilik fail, ruang menunggu, pantri, bilik mesyuarat dan panggung wayang. Ini adalah antara lokasi yang terbaik dan boleh dijadikan contoh untuk amalan EKSA.
Semoga lawatan ini memberi impak kepada semua pihak yang terlibat.