Print this page
Isnin, 26 August 2019 11:00

LAWATAN EKSA IKTBN SEPANG KE KDN, PUTRAJAYA

Written by
Rate this item
(0 votes)

PUTRAJAYA, 26 OGOS 2019 - Seramai 15 orang pegawai IKTBN Sepang telah mengadakan Lawatan Penandaaras Amalan EKSA di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia. Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Abdul Rahim Bin Haji Md Shariff, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang juga selaku Timbalan Pengerusi EKSA IKTBN Sepang.

 

 
 
 

Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pelaksanaan amalan EKSA yang dilaksanakan di KDN. Lawatan ini juga dapat menaikkan motivasi pegawai dalam melaksanakan amalan EKSA di IKTBN Sepang. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah sudut zon EKSA terbaik, sudut 3R terbaik, pejabat pegawai terbaik, bilik fail, ruang menunggu, pantri, bilik mesyuarat dan panggung wayang. Ini adalah antara lokasi yang terbaik dan boleh dijadikan contoh untuk amalan EKSA.


Semoga lawatan ini memberi impak kepada semua pihak yang terlibat.

Read 3396 times Last modified on Khamis, 19 September 2019 11:02