Antara program yang telah diadakan seperti pertandingan Rekaan Kain Rentang Merdeka, Pakaian Pelajar Tercantik Bertemakan Merdeka, Rekabentuk Wau Gergasi Merdeka, Perbarisan Kawad Hormat, Persembahan Koir Merdeka, Persembahan Sajak Merdeka dan banyak lagi aktiviti telah disediakan sebagai pengisian bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan pada tahun ini. Jabatan Teknologi Mekanikal Perkakasan telah terpilih sebagai Johan bagi Pertandingan Rekaan Kain Rentang Merdeka dan diikuti Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer sebagai Naib Johan dan Jabatan Teknologi Elektronik di tempat ketiga.
Pengarah IKTBN Sepang, Pn Rosnoizam dalam ucapan beliau turut mengingatkan agar semua pihak melahirkan rasa syukur atas nikmat keamanan yang dikecapi di dalam negara dan harus bekerja keras untuk memastikan keamanan ini dapat dikekalkan. Belia-belia seharusnya mempersiapkan diri dengan semangat dan jati diri yang unggul kerana barisan ini yang akan memimpin negara pada masa akan datang.
Sambutan ini diharapkan dapat membakar semangat warga kerja dan pelajar khususnya agar semangat cintakan negara tersemat di sanubari.