Print this page
Khamis, 29 August 2019 11:08

WARGA IKTBN SEPANG SAMBUT MERDEKA DENGAN PENUH SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 29 OGOS 2019 - Majlis Sambutan Kemerdekaan Peringkat IKTBN Sepang telah disambut dengan meriah dan bersemangat oleh warga kerja dan pelajar-pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang. Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Elektronik dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar.

 

 
 

Antara program yang telah diadakan seperti pertandingan Rekaan Kain Rentang Merdeka, Pakaian Pelajar Tercantik Bertemakan Merdeka, Rekabentuk Wau Gergasi Merdeka, Perbarisan Kawad Hormat, Persembahan Koir Merdeka, Persembahan Sajak Merdeka dan banyak lagi aktiviti telah disediakan sebagai pengisian bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan pada tahun ini. Jabatan Teknologi Mekanikal Perkakasan telah terpilih sebagai Johan bagi Pertandingan Rekaan Kain Rentang Merdeka dan diikuti Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer sebagai Naib Johan dan Jabatan Teknologi Elektronik di tempat ketiga.

Pengarah IKTBN Sepang, Pn Rosnoizam dalam ucapan beliau turut mengingatkan agar semua pihak melahirkan rasa syukur atas nikmat keamanan yang dikecapi di dalam negara dan harus bekerja keras untuk memastikan keamanan ini dapat dikekalkan. Belia-belia seharusnya mempersiapkan diri dengan semangat dan jati diri yang unggul kerana barisan ini yang akan memimpin negara pada masa akan datang.

Sambutan ini diharapkan dapat membakar semangat warga kerja dan pelajar khususnya agar semangat cintakan negara tersemat di sanubari.

 

Read 3127 times Last modified on Khamis, 19 September 2019 11:10