Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 24 September 2019 10:24

PROGRAM CAREER FEST ILKBS ZON TENGAH TAHUN 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

KUALA LANGAT, 22 September 2019

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat dengan kerjasama Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG), Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara (IKTBN) Sepang, IKTBN Dusun Tua, dan IKBN Peretak telah menganjurkan Program Career Fest ILKBS Zon Tengah pada 21 hingga 22 September 2019.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar ILKBS melalui penyediaan peluang pekerjaan bersama industri yang telah menjalinkan kerjasama (MoU) dengan ILKBS. Kerjasama bersama pihak industri telah memberi impak yang besar kepada ILKBS dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan ILKBS, latihan sangkutan, dan Training of Trainer (TOT) kepada tenaga pengajar serta memberi sumbangan dari segi modul latihan serta bahan latihan kepada ILKBS.

Seiring dengan perkembangan terkini sains dan teknologi seperti Revolusi Industri 4.0, robotic dan juga artificial intelligence, ILKBS menyediakan kemudahan latihan, silibus, dan kurikulum selari dengan perubahan teknologi dan fleksibel untuk berada di hadapan kelok perubahan teknologi semasa.

Aktiviti lain yang menarik minat para belia adalah Mini dialog bersama industri, sesi temuduga terbuka, ceramah kerjaya, pameran daripada ILKBS, agensi awam dan swasta, Terapi Sukan Trail Run, Pertandingan Robot, dan Pertandingan Inovasi.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik),Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Turut hadir bersama YBhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, YB Tuan Hasnul bin Baharuddin, Ahli Dewan Undangan Negeri Morib, En Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah AKBG, Puan Rosnoizam binti Abd Majid, Pengarah IKTBN Sepang, Puan Dalila binti Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua, dan Puan Normahsyuri binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak.

CF

 

 

Read 514 times
 
Find us on Facebook
Follow Us