Print this page
Selasa, 24 September 2019 16:05

KHIDMAT MASYARAKAT ASKAR WATANIAH IKTBN BACHOK, KELANTAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

wataniah2019

Bachok, 24 September 2019 – Selama 3 hari 2 malam Askar Wataniah IKTBN Bachok berkampung di Kampung Kuala Nal, Kuala Krai, bagi memberikan khidmat kepada masyarakat setempat, program ini telah diadakan dari 19 hingga 21 September 2019 (Khamis - Sabtu).


Bagi memastikan program ini berjalan lancar Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menghantar seramai 04 orang pegawai yang terdiri dari 2 orang pembantu kesatria (En. Mohd Baharuddin Bin Said dan En Mohd Nasri Bin Mahmood), seorang pembantu belia dan sukan (En. Muhamad Luqman Bin Nazari) dan seorang Ustaz (Ustaz Rashid Bin Ab Hamid) bertujuan mengiringi pelajar seramai 46 orang untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat kepada penduduk setempat.

Sebanyak 05 aktiviti dijalankan semasa program antaranya Gotong Royong membersihkan masjid, Kubur dan Klinik Desa Kuala Nal, mengacau Bubur Asyura, pendengaran malam, tembak dan gerak dan bersukan. Semua aktiviti diadakan sepanjang 03 hari 2 malam program berlangsung. Tahniah dah syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Disediakan dan disunting Oleh: Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 645 times
Find us on Facebook
Follow Us