Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 30 September 2019 13:12

PELAJAR IKBN PERETAK LAYAK KE PROGRAM INKUBATOR SEED 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEED9

26 September 2019 (Khamis), Sunway Hotel Spa & Resort – 2 orang dari 6 orang pelajar dari jurusan Jahitan Pakaian Lelaki, Jabatan Tekstil telah layak ke peringkat akhir bagi program Starting Up & Early Entrepreneurship Development (SEED) di bawah Yayasan Raja Muda Selangor. Pelajar dari Jabatan Tekstil, IKBN Peretak yang layak ke peringkat akhir program SEED adalah Muhammad Syahir Bin Sofian Shahuri dan Siti Fadhilah Binti Mohamed Zakaria.

Program Inkubator SEED 2019, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk mempromosikan Selangor sebagai hab fesyen utama di rantau ini, seterusnya mewujudkan ekosistem pereka fesyen yang berkesinambungan di Selangor. Seterusnya menjayakan visi DYTM Raja Muda Selangor bagi melahirkan usahawan dan masyarakat belia yang berdaya saing.

Ini adalah platform bagi pelajar yang terpilih untuk menerima bimbingan komprehensif oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang industri seperti pereka fesyen dan pensyarah kanan yang berkaliber untuk membantu meningkatkan kemahiran serta mempamerkan hasil kreativiti mereka sendiri.

Semoga dengan kejayaan mereka melayakkan diri ke peringkat akhir ini dapat membuka peluang kepada pereka muda seperti mereka untuk mula mengorak langkah didalam dunia fesyen. Semoga kejayaan mengiringi mereka sehingga ke peringkat akhir.

Disediakan oleh : Cik Siti Norihan Binti Jaafar, KB JPL

Read 457 times
 
Find us on Facebook
Follow Us