Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 30 September 2019 16:48

Career Festival Zon Utara

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

Career Fest Zon Utara yang telah diadakan selama 2 hari pada 28 & 29 September telah melabuhkan tirai dengan jayanya semalam. Tahniah kepada IKBN Seri Iskandar selaku pengajur kali ini. Ucapan tahniah juga kepada ILKBS Zon Utara dalam penyertaan dan penglibatan yang begitu hebat dalam menjayakan keseluruhan acara yang diadakan.

Pelbagai pengisian program, acara telah diadakan dalam mewarnai lanskap & konsep program yang berlangsung. IKBN Naka turut membawa pulang pingat perak dan gangsa dalam pertandingan inovasi iDEA'19 yang telah disertai oleh Jabatan Teknologi Elektrik dan Jabatan Teknologi Pertanian.Dalam masa yang sama, Jabatan Teknologi Pertanian bersama-sama pihak industri Iman Kasih Sdn. Bhd. turut membuka booth pameran, jualan dan demonstrasi serta booth industri.Sebelum ini, pihak Iman Kasih telah mengadakan jalinan kerjasama bersama Jabatan Teknologi Pertanian dalam program inkubator di mana ia akan memberi manfaat kepada institut, pelajar serta pengajar dalam proses pengembangan ilmu, kemahiran dan keusahawanan yang akan diterapkan nanti.

Beberapa produk hasil keluaran kilang di Jabatan Teknologi Pertanian menerusi Program Inkubator bersama pihak Iman Kasih akan berada di pasaran nanti. Produk ini turut akan memasuki pasaran di Thailand. YBrs.Dato' Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia turut meluangkan masa bersama melihat produk tersebut dan beramah mesra dengan pemilik Iman Kasih sebelum beliau berangkat pulang ke Putrajaya. Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Iman Kasih atas kesudian mengadakan kerjasama ini serta membawa dan menaikkan imej IKBN Naka.

Read 699 times
 
Find us on Facebook
Follow Us