Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 01 October 2019 10:43

PROGRAM SCHOOL FINISHING PERINGKAT IKBN KINARUT

Written by

 

 

PROGRAM SCHOOL FINISHING PERINGKAT IKBN KINARUT

 

 

 

KINARUT ; Unit Kerjaya dan Kaunseling IKBN Kinarut yang diketuai oleh Puan Nor Hasikin Abdul Razak telah mengadakan satu program “Finishing School” bertempat di Bilik Jamuan Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja berkemahiran tetapi juga berkualiti apabila mereka untuk melangkah ke alam pekerjaan kelak.

 

Seramai 30 orang pelajar semester akhir terlibat dalam program ini dan ceramah dikendalikan oleh Puan Nabigha Datu Madtajuddin yang merupakan Pengurus Syarikat Pasti Berjaya serta berkelulusan Master In Human Capital Management (UMS).

 

Majlis perasmian dan penutup program “Finishing School” ini telah disempurnakan oleh Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar merangkap memangku pengarah IKBN Kinarut.

 
Find us on Facebook
Follow Us