Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 01 October 2019 11:09

KURSUS ASAS ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Written by
Rate this item
(0 votes)

Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Naka dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Padang Terap telah menganjurkan Kursus Asas Angkatan Pertahanan Awam bermula pada 26 sehingga 28 September 2019. Matlamat utama penganjuran kursus ini adalah sebagai memenuhi keperluan CGPA subjek Ko-Kurikulum pelajar institut ini. Peserta kursus didedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran melalui beberapa slot yang telah dirangka bersama pihak APM Padang Terap.

Antaranya adalah Kawad Kaki, teknik ikatan tali, teori dan latihan praktikal Pertolongan Cemas dan Menyelamat serta modul Melawan Kebakaran. Penekanan turut diberikan terhadap ilmu kerohanian disertai dengan slot qiamullail. Anugerah Pelatih Terbaik untuk kursus ini telah dirangkul oleh Penghuluwati iaitu saudari Nur Maisarah Binti Muhamad Saufi.Pihak institut mengharapkan agar program ini sedikit sebanyak dapat membantu membentuk sahsiah dan peribadi pelajar ke arah yang lebih positif dan paling utama berdisiplin.

 

Read 447 times Last modified on Selasa, 01 October 2019 11:37
More in this category: « Career Festival Zon Utara
 
Find us on Facebook
Follow Us