Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 02 October 2019 11:01

INNOVATION DEVELOPMENT THROUGH EDUCATIONAL ACTIVITIES (IDEA'19) DAN CAREER FEST ZON UTARA 2019 (ILKBS)

Written by
Rate this item
(0 votes)

IDEA19

29 September 2019 (Ahad), IKBN Seri Iskandar - Innovation Development Through Educational Activities (IDEA'19) dan Career Fest Zon Utara 2019 (ILKBS) telah diadakan pada 27 – 29 September 2019 bertempat di IKBN Seri Iskandar, Perak.

Pertandingan ini melibatkan dua kategori iaitu Kategori IDEA'19 ILKBS yang penglibatannya adalah di kalangan pelajar ILKBS Seluruh Malaysia dan kategori kedua Kategori IDEA'19 (Terbuka) penglibatan daripada pelajar sekolah, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) dan Institut Latihan Kemahiran Awam/Swasta (ILKA/ILKS) termasuk ILKBS Seluruh Malaysia. Hampir 150 penyertaan telah bertanding dengan melibatkan 6 bidang yang di pertandingkan.

Jabatan Tekstil telah membawa projek Bomber Jacket Sweater Dengan Fungsi 3 Dalam 1 telah memenangi Pingat Emas, Wang Tunai sebanyak RM2000 beserta Sijil Johan bagi Bidang Teknologi Rekaan Fabrik yang diketuai oleh Puan Norfarizan Binti Jawahir bersama pelajar Nur Isma Atiqah Binti Ismail. Manakala daripada Jabatan Hospitaliti telah memenangi Pingat Gangsa beserta Sijil Penyertaan bagi projek Jackfruit Seeds Cracker yang di ketuai oleh Puan Ros Azida Binti Jantan.

Penyampaian hadiah telah di sampaikan oleh YB Tn. Howard Lee Chuan How, Exco Belia Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Perak, mewakili Menteri Besar Perak. Turut hadir bersama YBrs. Dato' Hajah Wasitah Binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia & Sukan.

Disediakan oleh: Puan Norfarizan Binti Jawahir

Read 484 times
 
Find us on Facebook
Follow Us