Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 04 October 2019 16:29

PASUKAN INOVASI IKTBN TEMERLOH MENYERLAH DI INNOVATION DEVELOPMENT THROUGH EDUCATIONAL ACTIVITIES (iDEA’19)

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 28 - 29 September 2019. Innovation Development Through Educational Activities (iDEA’19) bersama Program Career Fest ILKBS Zon Utara 2019 telah diadakan di IKBN Seri Iskandar, Perak. Menerusi pertandingan ini, sebanyak 100 produk inovasi terdiri daripada penyertaan kesemua pelajar ILKBS selain peserta pelbagai agensi dan IPTA/IPTS telah dipertandingan dalam 2 Kategori iaitu Kategori ILKBS dan Kategori Terbuka. IKTBN Temerloh melalui Jawatakuasa Inovasi telah menghantar penyertaan sebanyak 2 Pasukan Inovasi Pelajar bersama penyelia bagi bertanding dalam 2 Bidang berlainan untuk kedua-dua kategori. Pertandingan yang bertemakan "Berdaya Komersil, Persekitaran Digital, Mesra Pengguna” ini telah memperlihatkan kebolehan peserta di kalangan pelajar untuk mengetengahkan produk inovasi dan rekacipta masing-masing. Sejurus keputusan diumumkan, Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh telah berjaya memperolehi 2 GOLD MEDAL AWARD bagi kedua-dua produk dalam kategori yang dipertandingkan mengikut bidang penyertaan. KEJAYAAN Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh terus diberi perhatian apabila diumumkan JOHAN BIDANG C (Teknologi Kejuruteraan Awam, Alam Sekitar Dan Tenaga Boleh Diperbaharui - Green, Friendly, Safe) bagi Kategori ILKBS. KEMUNCAK kejayaan cemerlang Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh tercipta sejurus dinobatkan dan sekaligus mengungguli JOHAN KESELURUHAN KATEGORI ILKBS menerusi produk Intelligent Window yang membawa 2 konsep yang diwakili pelajar Semester 3 Teknologi Kejuruteraan Automotif.

Selain pertandingan inovasi iDEA’19, IKTBN Temerloh juga telah menghantar 1 pasukan penyertaan Pertandingan 3 On 3 Street Soccer dalam program Career Fest ini. KEJAYAAN terus diperolehi oleh IKTBN Temerloh dengan memenangi TEMPAT KETIGA dengan melibatkan 24 pasukan dalam pertandingan ini. Pasukan Street Soccer ini telah disertai oleh 3 orang pelajar berlainan jurusan. Kejayaan berganda ini turut dikongsi bersama dengan kehadiran Pengarah IKTBN Temerloh, Dr. Mohd Yusoff bin Abu Bakar yang telah meluangkan masa untuk hadir pada setiap lokasi pertandingan. Dengan berolehnya kejayaan ini, ia terus membuktikan dan meletakkan Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh dan Pasukan Street Soccer IKTBN Temerloh telah berjaya mengatasi pesaing-pesaing daripada ILKBS dan pelbagai agensi TVET lain yang bertanding dalam petandingan ini.

TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua pelajar serta pegawai dan penyelia sebagai peserta yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk komitmen dan kesungguhan selama persediaan sehingga berlangsung pertandingan tersebut. Semoga kejayaan ini dapat memberikan impak, dorongan dan membudayakan inovasi kepada semua pelajar dan warga IKTBN Temerloh.

Read 811 times
 
Find us on Facebook
Follow Us