Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 04 October 2019 16:45

PROGRAM PENYEDIAAN BUBUR ASYURA MASJID AT-TAQWA IKTBN TEMERLOH

Written by
Rate this item
(1 Vote)

27 September 2019 – Semperna kehadiran bulan Muharram, pada 28 Muharram 1441 Hijriah bersamaan pada hari Jumaat telah diadakan aktiviti memasak bubur Asyura anjuran Jawatankuasa Masjid At-Taqwa Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh sesi 2019/2020. Aktiviti penyediaan bahan dan memasak bubur Asyura telah diadakan di perkarangan Masjid At-Taqwa IKTBN Temerloh. Aktiviti tersebut disertai oleh kakitangan serta pelajar institut, bersama-sama berganding bahu melaksanakan salah satu adat yang telah dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam di Malaysia ketika datangnya bulan Muharram.

Aktiviti menyediakan dan memasak bubur asyura ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Antara objektif program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga IKTBN Temerloh. Di samping itu juga ia dapat memberi pendedahan mengenai masakan tradisi masyarakat kepada para pelajar. Diharap program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Read 111 times Last modified on Jumaat, 04 October 2019 16:46
 
Find us on Facebook
Follow Us