Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 04 October 2019 17:18

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH

Written by
Rate this item
(0 votes)

EKSA KVKV EKSA

03 Oktober 2019 (Khamis), IKBN Peretak - Jawatankuasa Penyelaras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kolej Vokasional Sungai Buloh, Selangor telah mengadakan lawatan Penanda Aras EKSA ke IKBN Peretak pada hari ini. Rombongan yang terdiri daripada 22 orang Ahli Jawatankuasa Penyelaras EKSA telah diketuai oleh Tuan Haji Rosli Bin Shafei, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KV Sg. Buloh.

Lawatan Penanda Aras EKSA ke IKBN Peretak bertujuan untuk berkongsi dan menimba pengalaman mengenai perlaksanaan EKSA yang telah diamalkan oleh Institut, memandangkan IKBN Peretak telah pun memperolehi persijilan EKSA oleh pihak MAMPU pada Mei 2018 yang lepas. Kolej Vokasional Sg. Buloh merupakan salah satu Pusat Pengajian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menawarkan program-program pendidikan berteraskan kemahiran kepada golongan remaja. Pihak Pengurusan KV Sg. Buloh berpendapat lawatan ke Institut adalah sangat bertepatan dengan hasrat Kolej dalam melaksanakan EKSA kerana fungsi dan objektif pendidikan yang dilaksanakan oleh Kolej hampir bersamaan dengan fungsi dan objektif latihan yang dilaksanakan oleh IKBN iaitu memberi pendidikan dan latihan kemahiran kepada golongan remaja dan belia.

Ketibaan ahli rombongan pelawat telah di sambut oleh Ahli Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Peretak yang diketuai oleh Pengarah, Puan Normahsyuri Binti Md Shariff  yang juga merupakan Penaung EKSA IKBN Peretak. Sesi perbncangan dan taklimat mengenai pelaksanaan EKSA telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama IKBN Peretak dan aeterusnya sesi lawatan ke semua zon-zon EKSA di Institut. Program yang bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir jam 1.30 petang pada hari ini merupakan program lawatan penanda aras EKSA yang amat bermakna bagi kedua-dua institusi dalam memartabatkan pelaksanaan EKSA di institusi TVET Negara.

Sumber : Jawatankuasa Promosi EKSA IKBN Peretak

Read 456 times
 
Find us on Facebook
Follow Us