Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 07 October 2019 15:44

PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI ILKBS 2019 PERINGKAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Written by

 

 

PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI ILKBS 2019 PERINGKAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

 

 

 

SERI ISKANDAR: Pertandingan Innovation Development Through Educational Activities – IDEA’19 telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak pada 27 – 29 September 2019.

 

Pertandingan ini dibahagi kepada 2 kategori iaitu IDEA’19 ILKBS (Penyertaan adalah khas kepada pelajar ILKBS seluruh Malaysia) dan IDEA’19 Terbuka (Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta (IPTA/ IPTS) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam/ Swasta (ILKA/ ILKS) termasuk ILKBS seluruh Malaysia).

 

Setiap kategori pula dibahagi kepada 6 bidang, Bidang A: Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif, Mesin, Peralatan, Proses Pengilangan); Bidang B: Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Telekomunikasi (Supply, Control, Automation); Bidang C: Teknologi Kejuruteraan Awam, Alam Sekitar & Tenaga Boleh Diperbaharui (Green, Friendly, Safe); Bidang D: Teknologi Kejuruteraan Komputer (Perisian, Perkakasan, Multimedia, Alat Bantuan Pengajaran); Bidang E: Teknologi Makanan (Produk Pastri dan Makanan); dan Bidang F: Teknologi Rekaan Fabrik (Rekaan Masa Hadapan, Rekaan Batik Futuristik).

 

Sebanyak 100 penyertaan dengan pelbagai jenis projek inovasi telah dipertandingkan. IKBN Kinarut, Sabah telah menghantar 2 penyertaan projek inovasi dengan projek 3 PHASE STARTER MOTOR CONTROL KIT (3PSMCK) dalam Bidang B dan MARKER GUIDE TOOL dalam Bidang C. Projek (3PSMCK) diwakili oleh Chin Yoong Sin, Suhaimi Bin Amir, Nursafwan Bin Sato dan Mohamed Haniff Bin Abdullah (Penyelaras Projek), manakala MARKER GUIDE TOOL pula diwakili oleh Nickohito Au, Eizzie Bin Eddie, Alfyiat Bin Afzal dan Harun Bin Jamaludin (Penyelaras Projek).

 

Hasil penilaian juri yang terdiri daripada Pensyarah Universiti, SIRIM dan MyIPO telah menganugerahkan Pingat Emas kepada projek (3PSMCK) dan Pingat Perak bagi projek MARKER GUIDE TOOL.