Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 08 October 2019 17:37

PUTRAJAYA OPEN DAY (POD)

Written by
Rate this item
(0 votes)

POD

5 Oktober 2019 (Sabtu), Kementerian Belia Dan Sukan, Putrajaya - Kemeriahan Putrajaya Open Day (POD) telah berjaya menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung ke Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mendapatkan pelbagai info terkini berkaitan program yang ditawarkan kepada belia.

Sempena POD pada kali ini, IKBN Peretak bersama - sama agensi lain di bawah seliaan KBS telah membuka gerai pameran kepada pengunjung. Para pelajar Jurusan Penggayaan Rambut (PGR), Jabatan Teknologi Personal telah membuka job order menggunting rambut kepada pengunjung yang berminat untuk mendapatkan sentuhan para pelajar dan pengajar program PGR. Seramai 6 orang pelajar yang terlibat ini di pantau oleh Puan Janefer Farida binti Baharuddin dan Cik Nor Syakila binti Mohd Redzuan Jaya yang telah bertungkus lumus dalam memenuhi permintaan pelanggan.

Selain itu, pameran dari unit Promosi, Cawangan Hubungan Industri (CHI) turut sama terlibat bagi mempromosi IKBN Peretak untuk kemasukkan Sesi Januari 2020, program promosi ini diketuai oleh Encik Shahdan bin Zainal dan Puan Suellen bt Muhamad Sharif.

Sumber: Cawangan Hubungan Industri

Read 1102 times
 
Find us on Facebook
Follow Us