Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 11 October 2019 09:34

PROGRAM BOOTCAMP SEMBURAN CAT AUTOMOTIF SIRI 2/2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

bootcampcat

20 September 2019 - Satu Majlis Penutup Program Bootcamp Semburan Cat Automotif Siri 2/2019 IKBN Kuala Perlis berlangsung di Pusat Sumber IKBN KP. Seramai 25 peserta dari golongan belia menyertai kursus ini bermula pada 3 Ogos dan berakhir pada 20 September 2019.

Program dirasmikan oleh Pengarah IKBN Kuala Perlis, Encik Apui Jan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (BPL), Encik Mohamad Shukri Bin Abdul Mookmin serta Ketua Jabatan Teknologi Automotif . Menurut pengarah, beliau berharap kemahiran yang diberikan akan memberikan impak kepada belia dalam menempuhi alam pekerjaan serta berharap lebih ramai lagi penyertaan belia dengan program seumpama ini. Malah beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja yang telah bertungkus lumus sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Read 508 times
 
Find us on Facebook
Follow Us