Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 11 October 2019 10:04

CAREER FESTIVAL ZON UTARA

Written by
Rate this item
(0 votes)

inovasisi

IKBN SERI ISKANDAR, PERAK, 4 OKTOBER 2019: Team Inovasi IKBN Kuala Perlis telah menyertai pertandingan inovasi di Career Fest Zon Utara. Career Fest Zon Utara telah diadakan selama 2 hari pada 28 dan 29 September 2019 di IKBN Seri Iskandar selaku penganjur pada kali ini. Pertandingan Innovation Development through Educational Activities (Idea’19) telah didakan di IKBN Seri Iskandar yang melibatkan dua kategori iaitu Kategori IDEA'19 ILKBS yang penglibatannya adalah di kalangan pelajar ILKBS Seluruh Malaysia dan kategori kedua Kategori IDEA'19 (Terbuka) penglibatan daripada pelajar sekolah, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) dan Institut Latihan Kemahiran Awam/Swasta (ILKA/ILKS) termasuk ILKBS Seluruh Malaysia. Projek MOVLAD dari Jurusan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan (PKP) telah menjadi johan dalam Mechanical Engineering Technology dan mendapat pingat emas. Projek Convertible Hybrid Seat dari jurusan Penyelenggaraan Kenderaan (PK) telah mendapat pingat emas dan projek Portable Rostrum dari jurusan Lukisan Seni Bina (LSB) telah mendapat pingat perak. Diharapkan kemenangan ini akan memberi semangat kepada para pelajar untuk terus mencipta produk inovasi yang lebih baik pada masa akan datang.

Read 509 times
 
Find us on Facebook
Follow Us