PAMERAN SEMPENA HARI TERBUKA SMK ABDUL RAHIM KUDAT
KUDAT ; Team promosi IKBN Kinarut berkunjung ke Daerah Kudat untuk mengadakan pameran setelah mendapat jemputan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim, Kudat baru-baru ini.
Seramai 3 orang pelajar daripada Jurusan Penjaga Jentera Elektrik semester akhir serta diiringi 3 orang pegawai yang diketuai oleh Encik Zazali Zahari Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar telah memberi taklimat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan di Institut Latihan Kemahiran Belia Sukan (ILKBS) khususnya di IKBN Kinarut kepada belia-belia Daerah Kudat umumnya.
Hari terbuka sempena dengan Majlis Konvokesyen Kali Ke-5 2019 ini telah disempurnakan oleh YB Chong Chen Bin @ Ben Chong Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Negeri Sabah merangkap N.2 Tanjong Kapor.
Turut hadir sempena hari terbuka iaitu Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Encik Saldi Maruji Ketua Unit Pentadbiran.