Gotong royong bermula seawal 08.00 pagi dengan melibatkan 03 orang pegawai dan 40 orang pelajar Diploma. Program ini dijalankan pada hari Sabtu 12 Oktober 2019 di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Marak. Pihak masyarakat setempat juga memberikan kerjasama yang baik dalam melaksanakan kerja gotong royong ini.
Semoga apa yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar IKTBN Bachok akan mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat sekitar. Pihak IKTBN Bachok amat berbangga kerana dapat mencurahkan bakti kepada masyarakat.
Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin