Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 03 September 2019 17:34

FESTIVAL PENGHAYATAN ISLAM IKBN SERI ISKANDAR TAHUN 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 3 SEPTEMBER 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah mengadakan Pertandingan Festival Penghayatan Islam IKBN Seri Iskandar Tahun 2019 pada 3 September 2019 Jam 08.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini adalah di bawah anjuran Unit Pengurusan Pelajar (CPP) yang diketuai oleh Pn. Nur Hazalina Binti Noraini.

Objekti utama penganjuran ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat para pelajar dalam bidang nyanyian yang berunsurkan ketuhanan, kesenian tulisan khat dan perarakan sambul berselawat. Selain daripada itu juga, dapat memberi peluang kepada para pelajar mencari potensi diri dalam bidang nyanyian, persembahan yang bersesuaian dan menerapkan dalam diri pelajar tentang keberanian dalam menonjolkan diri dalam bakat-bakat yang terpendam.

Program ini melibatkan semua pegawai dan pelajar yang bermula pada jam 8.00 pagi dengan perarakan sambil berselawat bermula dari pintu pagar utama mengelilingi ke taman desa dan kembali ke IKBN Seri Iskandar. Sebanyak 10 kumpulan menyertai perarakan ini bagi mewakili jabatan, bahagian, jurusan dan cawangan.

Selain daripada itu, diadakan pertandingan tulisan khat bagi mengasah bakat-bakat terpendam dan mengangkat semula kesenian tersebut yang sekarang telah lama ditinggalkan. Ramai pelajar terlibat dalam pertandingan ini.

Di akhir program adalah Pertandingan Nasyid di adakan Dewan Dato Maharajalela di mana 7 pasukan telah menyertai pertandingan ini yang mewakili jurusan masing-masing. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar di iringi oleh Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama Encik A. Raman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar kepada para pemenang.

Bagi acara Pertandingan Perarakan Maal Hijrah dimenangi oleh Jurusan Elektronik Industri Semesta 2, Kedua Bahagian Pentadbiran/CPKK dan ketiga Jurusan Rangkaian Komputer Semesta 2. Pertandingan Nasyid pula dimenangi oleh Jurusan Elektronik Industri Semesta 2, kedua Jurusan Multimedia Pengarangan Semesta 3 dan ketiga Elektronik Industri Semesta 3. Akhir sekali Pertandingan Khat dimenangi oleh Muhamad Afiq Bin Mokhtar – Jurusan Elektronik Industri Semesta 4, kedua Nurul Fatira Nornis Bt Abu Bakar – Jurusan Rangkaian Komputer Semesta 1 dan ketiga Adid Fatimi – Jurusan Rangkaian Komputer Semesta 1.

Read 452 times
 
Find us on Facebook
Follow Us