Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 28 September 2019 17:38

PROGRAM PERTANDINGAN REKA CIPTA DAN INOVASI ILKBS (iDEA’19) DAN “CAREER FEST” ZON UTARA TAHUN 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 29 SEPTEMBER 2019 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit (IKTBN) Mertajam, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra telah menganjurkan Program Career Fest ILKBS Zon Utara Dan iDEA Tahun 2019 pada 27 hingga 29 September 2019.

Program ini bertujuan untuk memasarkan pelajar ILKBS kepada industri dan majikan secara teratur dengan menggadakan temuduga terbuka di samping mempromosikan kemudahan latihan kepada industri untuk pembangunan pekerja syarikat melalui kursus jangka pendek. Kerjasama bersama pihak industri melalui memorandum persefahaman (MoU) telah memberi impak yang besar kepada ILKBS dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan ILKBS, latihan sangkutan, dan Training of Trainer (TOT) kepada tenaga pengajar serta memberi sumbangan dari segi modul latihan serta bahan latihan kepada ILKBS.

Seiring dengan perkembangan terkini sains dan teknologi seperti Revolusi Industri 4.0, robotic dan juga artificial intelligence, ILKBS menggalakkan dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovasi di kalangan pelajar dalam bidang penyelidikan. Selain daripada itu, dapat meningkat daya saing serta keyakinan diri pelajar dalam modal insan pada diri sendiri dalam menggandakan kecekapan spesifik dalam bidang diceburi.

Aktiviti-aktiviti yang dirangka sepanjang program berlangsung selama 3(tiga) hari itu adalah Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi ILKBS (iDEA’19), Mini dialog bersama industri, sesi temuduga terbuka, ceramah kerjaya, pameran daripada ILKBS, agensi awam dan swasta, Ceramah Perdana, Sesi Dialog Alumni Bersama Graduan ILKBS, Pertandingan “Street Soccer”, “E-Sport Challenge”, “3 On 3 Bola Jaring”, Beyblade Terbuka dan Gerai Jualan.

Dalam Pertandingan IDEA’19, terdapat 2 kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori ILKBS hanya di sertai oleh IKTBN/IKBN dan Kategori Terbuka kepada IPTA/IPTS seluruh negara yang merangkumi 6 kategori iaitu i. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, ii. Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Elektronik & Telekomunikasi, iii. Teknologi Kejuruteraan Awam, Alam Sekitar & Tenaga, iv. Teknologi Kejuruteraan Komputer, v. Teknologi Makanan dan iv. Teknologi Kejuruteraan Rekaan Fabrik.

Hadiah yang ditawarkan mengikut kategori di mana membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan sijil johan kategori dan bidang.

Di samping itu, telah diadakan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Pengarah ILKBS Zon Utara dan Syarikat-syarikat yang telah dilantik. Diharapkan penganjuran seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi melahirkan modal insan bagi memenuhi keperluan industri.

Read 630 times
 
Find us on Facebook
Follow Us