Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 05 September 2019 12:38

KURSUS PENGURUSAN ERA BARU

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 5 SEPTEMBER 2019 - Pengurus, pentadbir dan pemimpin perlu mengurus perubahan dengan kepimpinan yang mantap. Pelbagai gaya kepimpinan diaplikasi di organisasi untuk memastikan ianya diurus dengan sebaik mungkin. Gaya kepimpinan yang berkesan akan meningkatkan keberkesanan sesebuah organisasi. Corak inilah berperanan membawa pemimpin dan para pengikutnya untuk mencapai matlamat organisasi mereka. Pemimpin yang berjaya lazimnya mempunyai gaya yang dapat disesuaikan dan diterima oleh pengikutnya. Justeru, pemimpin perlu bijak mengamalkan gaya yang betul agar pengikut dapat diurus dengan baik. Seseorang pemimpin perlu mengetahui cara mengawal atau mempengaruhi para pengikutnya supaya mereka dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan.

Lantaran ini, Unit Pengurusan Pelajar telah menganjurkan Kursus Pengurusan Era Baru Siri 1/2019 pada 3-5 September 2019 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Peserta seramai 87 orang pelajar dari semesta satu dan tenaga pengajar luar iaitu Encik Mohd Khusairi Bin Musa, Bahagian Integriti Dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis, Batu Gajah, Perak.

Objektif kursus ini antara lain adalah bertujuan menjelaskan tentang peranan pemimpin dalam era  transformasi. Selain itu, tujuan kursus ini adalah mengukur dan menentukan pencapaian orginasasi serta mengenalpasti isu, cabaran dan masalah dalam organisasi serta mengenalpasti isu, cabaran dan masalah dalam organisasi serta menanganinya. Banyak pengetahuan, kemahiran dan pengalaman baru telah dikutip oleh peserta yang terlibat daripada kursus tersebut.

Di antara skop modul kursus yang diterapkan adalah seperti Pembentukan Kumpulan, Kepimpinan, Pemimpin Dan Pengikut, Simulasi Masyarakat, Penulisan Dan Dokumetasi, Pengurusan Kewangan Dan Komunikasi, Pengucapan Awam, Cabaran Pasukan Dan Penilaian Kursus.

Majlis perasmian penutupan kursus telah dirasmikan oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh Puan Norhafizah Binti Isa mewakili pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta para peserta kursus. Diharapkan kursus ini akan diteruskan di masa akan datang bagi pendedahan peringkat awal.

Read 453 times
 
Find us on Facebook
Follow Us