Print this page
Khamis, 17 October 2019 15:13

PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IKTBN BACHOK SESI 2019/20

Written by
Rate this item
(0 votes)

prumpp

Bachok, 17 Oktober 2019 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok melalui cawangan Pembangunan Sahsiah telah mengadakan Pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2019/20 pada 15 Oktober 2019 (Selasa).

Seramai 435 orang pelajar telah terlibat dalam pengundian bagi memilih calon-calon yang layak bagi mengisi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2019/20. Seramai 29 orang calon bertanding yang terdiri dari 07 orang calon umum dan 22 orang calon Jabatan.

Proses pengiraan undi telah selesai di jalankan dan akan diumumkan semasa perhimpunan pagi pada hari Ahad (20 Oktober 2019). Pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok mengucapkan tahniah kepada calon yang terpilih, semoga calon-calon yang akan dilantik dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 590 times
Find us on Facebook
Follow Us