Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 23 October 2019 16:47

SAMBUTAN BULAN SUKAN NEGARA (BSN) 2019 IKBN PERETAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

BSN

18 Oktober 2019 (Jumaat), IKBN Peretak - Sambutan Bulan Sukan Negara (BSN) 2019 IKBN Peretak telah dimulakan dengan pelancaran oleh Pengarah IKBNPT, Puan Normahsyuri bt. Md Shariff dengan menjaringkan Bola Jaring ke jaring yang telah disediakan sebagai gimik sambutan pada kali ini.

Selepas itu, acara di teruskan dengan senamrobik perdana dengan kehadiran seramai 450 orang yang terdiri daripada warga kerja dan juga para pelajar. Senamrobik Perdana telah berlangsung selama sejam yang di ketuai oleh Instruktor Pn Asmah.

Selesai sahaja aktiviti senamrobik para pelajar dan warga kerja juga di beri ceramah yang bertajuk Sukan Di Pejabat. Manakala di sebelah petang pula telah di adakan pertandingan futsal lelaki dan badminton campuran. Pada hari Sabtu dan Ahad pula acara sukan akan di teruskan dengan pertandingan futsal wanita, bola tampar wanita, bola tampar lelaki dan bola jaring.

Sambutan BSN 2019 pada kali ini di adakan selama 3 hari adalah untuk menerapkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan rakyat malaysia khususnya pelajar dan warga kerja. Tambahan pula, program ini dilihat berpotensi sebagai salah satu usaha untuk mencegah penyakit obesiti, sakit jantung dan darah tinggi yang makin menular dalam kalangan remaja.

Di samping itu juga, pertandingan liga sukan pada kali ini dapat mengalakkan pelajar untuk terlibat sama dalam menguruskan pertandingan dan juga sebagai teknikal pertandingan.

Akhir kata program seperti ini perlu di teruskan bagi dapat mencungkil bakat-bakat baru sebagai atlit ILKBS serta memberi peluang kepada pelajar untuk menguruskan pertandingan mahupun sebagai teknikal pertandingan.

Disediakan oleh: Puan Azini Binti Ismail


Read 438 times
 
Find us on Facebook
Follow Us