Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 26 October 2019 12:35

KEJOHANAN SUKAN TVET PAHANG BARAT 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

22-23 Oktober 2019 – IKTBN Temerloh telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Acara Sukan TVET PAHANG BARAT kali ke -9 bagi tahun 2019. Acara telah berlangsung dari 22 sehingga 23 Oktober 2019 dan telah disertai oleh 3 agensi utama penyedia latihan awam TVET di Pahang Barat iaitu IKTBN Temerloh, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut dan Kolej Komuniti Pahang. Seramai lebih kurang 340 kontijen daripada 3 agensi tersebut menyertai acara sukan dalaman dan luaran yang telah diadakan. Acara dimulakan dengan pertandingan Bowling di antara agensi pada 22 Oktober 2019 di STARMall Mentakab.


Pada 23 Oktober 2019, telah dimulakan dengan acara senamrobik dan Majlis Pembukaan oleh Pengarah dari 3 agensi tersebut iaitu Dr Mohd Yusoff b Abu Bakar, Pengarah IKTBN Temerloh, Pn Hajah Zuraini Binti Muda, Pengarah ADTEC Jerantut dan Tn Hj Ismail B Samsuddin Pengarah Komuniti Jerantut wakil bagi Kolej Komuniti Pahang di Astaka IKTBN Temerloh. Setelah itu, acara diteruskan dengan acara sukan luaran seperti Futsal, Bola Sepak, Bola Jaring, Badminton, Sepak takraw, Bola Tampar, Wall Climbing dan Ping Pong. Pada sebelah petangnya pula, acara diteruskan pula dengan sukan dalaman iaitu Dart, Karom, Chess, E-Sport dan Congkak.

Acara sukan ini kemudian di tutup dengan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan TVET Pahang Barat oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari,YB Young Syefura Othman yang mana di dalam ucapannya menyatakan setinggi tahniah atas kejayaan pelaksanaan program ini yang dapat menyatukan 3 agensi dari 3 kementerian yang berlainan iaitu Kementerian Belia dan Sukan(KBS), Kementerian Sumber Manusia (KSM ) Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) di dalam satu acara Sukan TVET Pahang Barat yang gemilang ini. Majlis seterusnya diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan pingat kepada kontinjen , penyampaian trofi Juara keseluruhan dan cenderahati kepada wakil pusat latihan. Tahniah kepada pasukan IKTBN Temerloh selaku juara keseluruhan kali ini.

Setinggi-tinggi tahniah juga kepada warga IKTBN Temerloh di atas penganjuran dan kejayaan pelaksanana Acara Sukan TVET Pahang Barat 2019 kali ini. Semoga acara ini dapat dikekalkan dan terus menjadi medium muhibbah di antara pusat latihan awam utama TVET di Pahang Barat ini.

Read 94 times
 
Find us on Facebook
Follow Us