Setiap projek dianggotai oleh dua hingga tiga orang pelajar. Penglibatan Panel Industri En. Faridhul Akmal bin Muhamad Saleh dari Technology Park Malaysia( TPM), Pegawai Pengesah Luaran Kendiri (PPL) iaitu Puan Sazlina bt Said dari IKBN Kuala Langat dan En.Khairul Anuar bin Hashim dari IKBN Seri Iskandar. Di samping itu juga turut terlibat Panel Kendiri yang dilantik dari kalangan tenaga pengajar IKTBN Sepang secara "crosscheck panel". Pembentangan berlangsung selama sehari dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Semoga pelajar akhir DKM berjaya dan dipermudahkan urusan.