IKTBN Sepang merupakan salah satu institusi yang mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut selain CIAST, UNIMAP, MINDEF dan Politeknik Kuantan. Semoga beroleh kejayaan kepada team IKTBN Sepang.
JAKARTA, 9 OKTOBER 2019 - Pasukan inovasi dari Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan (JMS) IKTBN Sepang telah memulakan pertandingan hari pertama dengan mempertaruhkan projek Basic Electrical Training Kit (BE KIT) dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa "6th International Youth Inventors Award (IYIA 2019)" pada 9 hingga 10 Oktober 2019 bertempat di Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, Indonesia.