Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 10 October 2019 09:56

PROJEK INOVASI IKTBN SEPANG SEPANG KE PERINGKAT AKHIR ANUGERAH INOVASI NEGERI SELANGOR

Written by
Rate this item
(0 votes)

KUALA LUMPUR, 10 OKTOBER 2019 – Projek inovasi dari IKTBN Sepang sekali lagi terpilih mewakili daerah Sepang ke Peringkat Akhir Anugerah Inovasi Negeri Selangor bagi tahun 2019. 

 
Bagi tahun 2019, projek dari Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan (JMP) iaitu Pengisar Buah Kabung telah melepasi Peringkat Saringan Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2019 yang telah berlangsung pada 22 Julai 2019 di Dewan Seri Nilam, IKTBN Sepang. Penilaian Peringkat Akhir Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2019 (AINS ’19) kini sedang berlangsung di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur bermula pada 10 Oktober 2019 sehingga 13 Oktober 2019. Pengisar Buah Kabung bertanding dibawah kategori IPT akan bersaing dengan 37 pesaing dari lain-lain IPT.
 
Selamat maju jaya diucapkan kepada team inovasi JMP dan tahniah kepada Pengurusan IKTBN Sepang, Ketua Jabatan, penyelaras projek serta pelajar-pelajar yang terlibat.
Read 316 times Last modified on Jumaat, 01 November 2019 10:11
 
Find us on Facebook
Follow Us