Program ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Muslimin bin Yahaya, Ahli Parlimen Sg.Besar, En.Amirul dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Besar Pegawai Belia dan Sukan Sabak Bernam serta pegawai-pegawai dan para pelajar dari IKTBN Sepang.
Antara pengisian program ini ialah mengagau ikan di Rumah Burung Tali Air 7, Sg Leman, lawatan ke Kilang Padi LIM, melakukan aktiviti khidmat masyarakat di Pantai Redang, aktiviti gotong royong membersihkan Surau Al Hidayah, ceramah dari Klinik Kesihatan Sg Besar berkaitan perawatan dan penjagaan gigi serta perkongsian ilmu oleh ikonik belia Sekinchan.
Semoga dengan penganjuran program ini dapat membentuk disiplin yang tinggi dan bermanfaat kepada para pelajar yang terlibat.