Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 01 November 2019 10:28

IKTBN Temerloh Naib Johan Cabaran Inovasi Inklusif Zon Pantai Timur 2019

Written by
Rate this item
(0 votes)

29 - 31 Oktober 2019 - Pahang Skills Development Centre (PSDC) Kuantan, Pahang. Telah berlangsung Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif Zon Pantai Timur 2019 anjuran Yayasan Inovasi Malaysia dan SME Corp. Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah dilantik sebagai agensi peneraju di bawah SME Masterplan. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang mempunyai idea kreatif dan inovatif dalam mencari inovasi inklusif yang mampu menyelesaikan masalah (dari segi kepenggunaan, kesihatan, produktiviti dan pendidikan) yang sering dihadapi penduduk sekitar negeri masing-masing di seluruh Malaysia.

Sehubungan dengan pertandingan ini, Pasukan Inovasi IKTBN Temerloh telah menghantar penyertaan dan telah berjaya terpilih ke peringkat akhir daripada 114 penyertaan awal. Program ini yang berlansung selama 3 hari melibatkan aktiviti Bengkel Latihan Cabaran Inovasi Inklusif 2019 yang mana sebagai persiapan peserta pertandingan untuk membuat pembentangan projek inovasi mereka dan diakhiri dengan sesi pembentangan dan penyampaian hadiah.
            Sebanyak 3 kategori utama telah dipertandingkan dan Pasukan IKTBN Temerloh telah berjaya bersaing dan memperolehi tempat NAIB JOHAN bagi kategori IPTA/IPTS. Peserta pasukan IKTBN Temerloh yang mana terdiri daripada pelajar program Diploma Teknologi Kejuruteraan Semester 3 sesi 2/2019 amat bertuah kerana selain kemenangan yang telah diperolehi, pengalaman melalui bengkel yang disediakan dapat memberi ilmu dan pengetahuan dalam inovasi bagi persediaan sebelum menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan dan industri.TAHNIAH dan SYABAS kepada peserta inovasi atas kejayaan yang diperolehi dan persediaan keseluruhan dengan penuh komitmen yang tinggi.

Semoga kejayaan ini terus dapat membuka ruang dan peluang serta memberi inspirasi dan galakan kepada semua pelajar-pelajar IKTBN Temerloh dalam menghasilkan idea-idea inovasi yang baharu dan berimpak tinggi selain dapat membudayakan inovasi kepada semua warga IKTBN Temerloh.

Read 77 times Last modified on Jumaat, 01 November 2019 10:35
 
Find us on Facebook
Follow Us