Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 07 November 2019 17:15

OPEN DAY MOHA SDN.BHD BERSAMA IKBN PERETAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

MOHA

31 Oktober 2019 (Khamis), Open Day MOHA Group Sdn.Bhd bersama IKBN Peretak telah dilaksanakan di MBH Beauty Academy, Kajang, Selangor.

Penyertaan Open Day ini melibatkan pelajar dan pegawai dari IKBN Peretak yang terdiri daripada 11 orang pelajar Jurusan Terapi Kecantikan semester 4, seorang tenaga pengajar dari Jabatan Personal iaitu Pn.Shaliza binti Ahmad Powab dan 2 orang pegawai Cawangan Hubungan Industri iaitu Pn. Salimah Abdul Latif dan Pn. Suellen binti Md.Sharif.

Antara pengisian Open Day yang telah dilaksanakan adalah ceramah laluan kerjaya yang disampaikan sendiri oleh pengasas MOHA Group iaitu Pn. Yaya Binti Mohamad, sesi temuduga terhadap 11 orang pelajar jurusan Terapi Kecantikan semester 4 oleh Eksekutif Sumber Manusia, MOHA Group dan demontrasi rawatan muka menggunakan mesin carbon laser yang dikendalikan oleh juruterapi di MBH Beauty Academy bersama pelajar-pelajar IKBN Peretak.

Aktiviti Open Day ini diteruskan dengan lawatan sambil belajar ke salah sebuah cawangan MediSpa iaitu di MediSpa cawangan Bangi, Selangor.

Hasil Open Day yang dilaksanakan, setelah sesi temuduga dijalankan oleh pihak MOHA Group, semua pelajar semester 4 seramai 11 orang dari Jurusan Terapi Kecantikan ini telah diterima untuk untuk menjalani latihan industri pada bulan Januari 2020 di cawangan-cawangan MOHA yang mempunyai 29 spa yang terdapat di seluruh Malaysia.

Lawatan ini telah memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar-pelajar bagi persediaan untuk menjalani latihan industri pada bulan Januari 2020 akan datang.

MOHA Group Sdn.Bhd adalah salah satu syarikat yang telah menandatangani MOU bersama IKBN Peretak. Diharapkan kerjasama antara MOHA Group bersama IKBN Peretak akan diteruskan dengan mempelbagaikan lagi bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan.

Disediakan oleh : Pn. Shaliza binti Ahmad Powab, pengajar Jabatan Personal.

Disunting oleh : Unit Promosi & Dokumentasi, CHI IKBN Peretak.

Read 294 times
 
Find us on Facebook
Follow Us